.watch out.

Saturday, December 25

RUMAH DI DALAM DIRI INI..

cinta itu di dalam hati,
kita mempunyai sebuah RUMAH,
RUMAH itu sentiasa dikunjungi tetamu,
ada yang baik dan ada yang buruk,
kadang-kadang RUMAH itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hias dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN,
bahkan menjadi lengkap,
jika dipenuhi dengan ILMU pengetahuan,
tetamu yang baik datang menambah PERABOT mu,
dia mengindahkan lagi dengan mengajak menambah ILMU,

dan ketahuilah,
tetamu burukmu hanya ingin mencuri PERABOT mu,
merosakkan dinding hati mu dan melenyapkan kelengkapanmu,
sehingga RUMAHmu roboh dan engkau ditelan bumi,
satu hari bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke RUMAHmu,
dan berhajat tinggal disitu,

kau gembira mendengarnya,
maka tatkala sang CINTA mendekati pintu rumahmu,
apa yang akan kau lakukan?
menerima sedangkan RUMAHmu bersepah tidak terurus?
dengan perabot TAKWA yang lapuk tidak berganti?
dan warna-warna IMAN yang luntur tidak diperbaharui?
dan perhiasan kelengkapan,ILMU yang belum mencukupi?

pintalah sang CINTA itu pulang,
beritahu kepadanya:
maafkan aku,
aku masih belum bersedia menerima mu sebagai tetamuku,
kerana,
aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah lapuk tidak bermaya,
agar TAKWA ku mengingatai supaya aku mencintai tanpa melupakan PENCIPTA ku YNG MAHA PENGASIH,

dan kau sendiri selesa beristirahat di dalam RUMAHku,
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN di dinding RUMAHku,
agar hilanglah gelisah mu,
tenanglah hati mu, reduplah pandangan mu apabila memandang warna IMAN di rumahku,
terang dan menerangi,
kerana ku ingin menambah kelengkapan ILMU di dalm rumah ku,
agar kau selesa berbaring diatas permaidani HARTA ku,
dan kau selesa dengan tutur bicar HIKMAH ku,

kau tahu wahai CINTA?
kerana setelah ku menerima mu sebagai temanku,
aku tidak biarkan kau keluar dari RUMAH ku,

sungguh CINTA itu indah,
namun ia adalh satu anugerah apabila kita mampu dan bersedia,
tetapi bagi aku sekarang,
dengan status PELAJAR,
CINTA itu hanya satu musibah,

cintailah ALLAH yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mangasihimu,
kerana ALLAH menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim BONDAku,
kerana aku mendengar nama-NYA saat bapaku berseru di telinga ku,
kerana DIA yang menumbuhkan daging ku,
dan mengukuhkan tulangku,
dan sentiasa memaafkan segala silapku,
tutur bicara mulutku,
hidup dan matiku,
segalanya untuk-NYA.




credit to: ( aku lupe mane aku bace bende ni. tapi aku dah edit2 sikit dan semuanya seperti kene dengan aku. harap dapat dijadikan renungan bersama..)





sekian,
PRESIDENT,
F!NGERs

HATI & AKAL BERBICARA

Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?  

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?      

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...



credit to:





Friday, December 24

SABARLAH DUHAI...........

Assalamualaikum...


lama dah aku tak post entry baru. maaf terlalubusy dengan tugasan kolej. hahahhaha. a lot of story. tapi tak tahu nak cerita yang mane satu. ciz ade antara citer ni mungkin akan menyebabkan orang trang kain sakit hati. so, solusinya, baik ketepikan cerita-cerita yang tu. lebih baik bikin cerita yang takkan menyebabkan orang lain terasakan.


huh! sangat susah la mahu cerita. 


berta hati lak nak cerita. takut-takut orang salah faham.

k lah. 

begini...

semenjak due ni aku rase cam ade something wrong somewhere. mungkin hanya persaaan. tapi hati n fikiran aku BERSATU menyatakan TIDAK! NI BUKAN PERASAAN tapi REALITI!!! apakah yang berlaku?? konpius. susah nak terang kan kat you all semua. semua ni melibatkan hati n perasaan orang lain jugak. nak cerita panjang lebar kat sini pon tak boleh. haish! 

tak ramai yang perasan. hanya orang yang rapat dengan aku je tahu semua ni. SABARLAH DUHAI SAHABAT. kata-kata itulah yang sering aku terima dari sahabat ku. TERIMA KASIH DUHAI SAHABAT. mungkin agak sukar untuk aku hadapi semua ni sorang diri. tapi aku yakin, dengan sokongn sahabat n YANG MAHA ESA. aku dapat menghadapi segala ujian ni dengan hati yang tabah. INSYA-ALLAH. 

Duhai sahabat,
terima kasih aku ucapkan, 
kata-kata kalian memberi semagat kepada ku,
ujian ini,
ujian yang menjadikan aku seorang yang matang,
terima kasih Ya Allah,
Kau berikan aku kesempatan,
untuk mengenak erti...
SAHABAT!!!

ujian dari-Mu ini,
bakal aku hadapi dgn sisa-sisa ketabahn yang tinggal,
aku mohon pada-MU Ya Allah,
berikan lah aku penyelesaian yang terbaik,
aku sungguh buntu Ya Allah,
bantu aku Ya Allah,
aku mohon pada-Mu,
Ya Allah....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...