.watch out.

Saturday, December 25

RUMAH DI DALAM DIRI INI..

cinta itu di dalam hati,
kita mempunyai sebuah RUMAH,
RUMAH itu sentiasa dikunjungi tetamu,
ada yang baik dan ada yang buruk,
kadang-kadang RUMAH itu cantik apabila kita kemaskan,
kita hias dengan perabot KETAKWAAN,
diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN,
bahkan menjadi lengkap,
jika dipenuhi dengan ILMU pengetahuan,
tetamu yang baik datang menambah PERABOT mu,
dia mengindahkan lagi dengan mengajak menambah ILMU,

dan ketahuilah,
tetamu burukmu hanya ingin mencuri PERABOT mu,
merosakkan dinding hati mu dan melenyapkan kelengkapanmu,
sehingga RUMAHmu roboh dan engkau ditelan bumi,
satu hari bayu lembut menyapa telingamu,
mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke RUMAHmu,
dan berhajat tinggal disitu,

kau gembira mendengarnya,
maka tatkala sang CINTA mendekati pintu rumahmu,
apa yang akan kau lakukan?
menerima sedangkan RUMAHmu bersepah tidak terurus?
dengan perabot TAKWA yang lapuk tidak berganti?
dan warna-warna IMAN yang luntur tidak diperbaharui?
dan perhiasan kelengkapan,ILMU yang belum mencukupi?

pintalah sang CINTA itu pulang,
beritahu kepadanya:
maafkan aku,
aku masih belum bersedia menerima mu sebagai tetamuku,
kerana,
aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah lapuk tidak bermaya,
agar TAKWA ku mengingatai supaya aku mencintai tanpa melupakan PENCIPTA ku YNG MAHA PENGASIH,

dan kau sendiri selesa beristirahat di dalam RUMAHku,
kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN di dinding RUMAHku,
agar hilanglah gelisah mu,
tenanglah hati mu, reduplah pandangan mu apabila memandang warna IMAN di rumahku,
terang dan menerangi,
kerana ku ingin menambah kelengkapan ILMU di dalm rumah ku,
agar kau selesa berbaring diatas permaidani HARTA ku,
dan kau selesa dengan tutur bicar HIKMAH ku,

kau tahu wahai CINTA?
kerana setelah ku menerima mu sebagai temanku,
aku tidak biarkan kau keluar dari RUMAH ku,

sungguh CINTA itu indah,
namun ia adalh satu anugerah apabila kita mampu dan bersedia,
tetapi bagi aku sekarang,
dengan status PELAJAR,
CINTA itu hanya satu musibah,

cintailah ALLAH yang sentiasa mencintaimu,
memeliharamu dan mangasihimu,
kerana ALLAH menciptakan aku,
memeliharaku dalam rahim BONDAku,
kerana aku mendengar nama-NYA saat bapaku berseru di telinga ku,
kerana DIA yang menumbuhkan daging ku,
dan mengukuhkan tulangku,
dan sentiasa memaafkan segala silapku,
tutur bicara mulutku,
hidup dan matiku,
segalanya untuk-NYA.




credit to: ( aku lupe mane aku bace bende ni. tapi aku dah edit2 sikit dan semuanya seperti kene dengan aku. harap dapat dijadikan renungan bersama..)





sekian,
PRESIDENT,
F!NGERs

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...