Jangan musuh dengan perbezaan
Jangan bangga dengan persamaan
Jangan pernah takut dengan perbezaan
Jangan pernah selesa dengan persamaan
Keduanya penting
Kehidupan perlukan keseimbangan
Hilang kehidupan sekiranya keseimbangan hilang
Seperti hidupnya manusia memerlukan oksigen
Begitu juga dengan perbezaan dan persamaan
Keduanya perlu ada untuk keseimbangan
Adanya perbezaan menjadikan hidup lebih ceria
Adanya persamaan menjadikan hidup bermakna
Mahu hilang yang mana?
Keceriaan hidup?
Atau makna kehidupan?
Cuba hilang satu
Kamu rasa bagaimana.