.watch out.

Saturday, September 17

OVERLIMIT!

assalamualaikum...


disebabkan aku keluar siang tadi sampai la petnag tadi dengan kakak aku, jadi, hal yang sedemikian pon terjadi...
OVERLIMIT

alkisahnye bermula bila aku mule mule tu saje je pon nak keluar. tak de niat pon nak beli ape ape. tapi, pagi tadi dalam pukul 10 macam tu, time tu ade perjumpaan koko untuk kali pertama. then aku masuk JPA. dorang buat la briefing sikit itu ini. then, dah nak habis tu, keluar ayat yang lebih kurang macam ni. 

"next week kene pakai proper attire. baju putih (ok. aku mmg pakai baju putih), seluar track hitam (beres), tudung hitam tak mau ade batu batu. (ok!), kasut putih! (??? hah!! hitam tak bole ke??) ingat mesti putih ye. dan berstoking putih! (keluar lagi duit aku. alahai.. macam air je duit keluar kat sini. huh!)"

jadi, nak tak nak, aku kene la mencari jugak kasut putih tu. last last aku beli kasut sekolah. ambik kau! mmg putih berseri digemari ramai la. kalau tak cukup putih agi aku tak tau la mau habaq pa lagi. so, bile dah keluar tu, aku pon beli la kasut tu. (bende wajib kot) then pusing pusing, kakak aku tanye, nak makan ke? nak tengok wayang tak? aku memang on je la kan. hah! tak buat bajet lagi mase tu. tapi dah berkire kire jugak la, banyak habis ni nanti..


pergi la dulu beli tiket wayang....
then kami pon makan la dulu dekat:

harge standard la kan. makan due orang lbh kurang RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH DUA SAHAJA. lagi pon, kakak aku kate food court kat situ makanan tak sedap, so time tu dah lapa, duit belakang kire la kan.(alahai. tapi berbaloi oh makan kat situ...) janji sedap!




habis solat bagai, kami pergi la tengok wayang yang telah kami beli tiketnya before makan tadi. tak perasan pulak kami beli COUPLE SEAT! jadi agak mahal la berbanding seat biase. (ni semua kes nak habiskan duit aku je la kerjenye..) kalau perasan awal yang seat tu couple seat, mmg ambik seat yang lain la kan.

tapi nasib la ceritenye best! memang terbaik la. hehehehe.memang pecah perut la gelak. tapi kan aku rimas la tadi. ade pulak mamat sebelah aku ni, die dah la baru lepas SMOKING, then terus masuk wayang! bau la ASAP ROKOK ko tu! rimas aku! then buat bising pulak. korang ingat korang je ke yang duduk dalam wayang tu? behave la. hormat la jugak orang lain yang ade kat situ. eee. memang REJECT la!



habis citer wayang, pergi la solat asar pulak. lepas tu mencari makanan malam aku. aku ni bukan ape la kan. kalau ikot kan condition duit yang tengah nazak separuh ICU ni, memang aku ingat tak yah beli la, makan MAGGIE je. tapi, aku pikir balik. haiisshhh! dah 2 hari berturut turut ni aku makam MAGGIE. tak bole tak bole. then aku memang dah lame sangat la nak makan satu bende ni, then aku pon beli la...



ni betol punye. bukan main main. lame dah aku nk makan bende alah tu. so, tadi aku beli la jugak. dengan harapan, aku boleh berjimat cermat pada minggu hadapan. hopefully..



so, mari la berkire kire...
  1. kasut putih + stoking putih = rm26++
  2. johnny's restaurant = rm22+
  3. johnny english reborn = rm15
  4. big mac = rm 11
  5. topup = rm 30..(lupe pulak nak mention yang kat sini susah nak dpt topup. hopefully ni dpt la bertahan selama 1 bulan. kene jimat, kene jimat. jadi, yang nak mesej aku tu, sila guna MAXIS ye..hahaha)
so.. korang kire kan la untuk aku berape jadinye. takut aku nak total kan semua sekali. aku memang dah nekad dah, next week mmg aku puase la. untuk ganti puase yang aku tinggal. then, lepas tu, cadangannye, isnin khamis pon nk puase. untuk student macam aku, plus yang belom dapat ptptn lagi ni, haruslah aku berjimat cermat ye.. tapi tadi tu memang dah sangat OVER la aku berbelanje. ewahhh!

"MENYESAL DULU PENDAPATAN, MENYESAL KEMUDIAN TIADA GUNE"


ingat ye.. pengajaran untuk aku hari ni.. lain kali buat budjet before keluar and JANGAN sekali kali ter OVER budjet ok! ..:)

Thursday, September 15

SCHEDULE SEM 1.

:)


jumpe lagi kite...hehhehe almaklumlah, hari ni cuti, so rase macam nak buat entry banyak banyak sikit. plus dengan berseorangan di bilik ni kan kan. heee. this time nak story pasal my class pulak.:)



even baru je start kelas minggu ni, aku rase macam agak kelam kabut sikit la. ye la, mane nak mencari tempatnye lagi, nak kejar mase lagi. belum biase la katekan. so, aku nk present kat korang my jadual sepanjang sem ni..



kalau tengok dan amati betul betul, actually, tak de la pack sangat pon jadual tu. just as student baru, aku tak biase lagi dengan tempat ni. so mule dengan agak slow la sikit. hopefully aku dpat catch up la nanti..:) kalau ade yang perasan, aku kene belajar, KIMIA, MATH, FIZIK, ECONOMI, ENGLISH and PENDIDIKAN ISLAM! hah. kenape aku BESARkan due subjek tu? adalah kerana:

FIZIK: aku dah lama tak belajar fizik since habis form 5. kire macam aku kene mule dari ZERO la untuk belajar fizik ni. memang kene struggle habis la untuk fizik. mane dengan nak buat procedure untuk report lagi and yang PENTING, report kene hantar time tu jugak. alahai..


ECONOMI: ni lagi satu. subjek yang aku tak pernah belajar langsung! tibe tibe aku kene belajar economic pulak kan. ni TOTALLY ZERO la. dulu zaman form 4 form 5 dulu ade la jugak angan angan nak ambik eco ni as subjek tambahan dalam spm, tapi tak kesampaian. nah! sekarang pulak baru dapat belajar eco. sabar je la..

 then, tibe la mase macam mane pon, aku TETAP kene ade buku sendiri untuk SEMUA subjek ni. bukan buku pinjam atau buku sewa. BUKU SENDIRI! yup! cz tu kan lagi senang untuk ade refer nanti. payah la nak sewa sewa or pinjam pinjam ni..


sekian buat mase ni.. hehehe.

p/s: ade sape sape yang arif pasal bus RAPID? sila la inform saya segala nombor bus rapid tu dari mane nak kemana ye. senang saya nak keluar sendiri nanti..:D

NEW PHASE!

assalmualaikum..

my first entry from shah alam! yes! aku kat shah alam sekarang bagi yang tidak mengetahui.:) dah lama aku tak update ape ape kan kat sini. sorry. agak busy sememnjak menjadi student baru ni. hee


so, seperti biase lah, para pelajar baru sudah tentu akan mengikuti program WAJIB. ape lagi kalau bukan ORIENTASI. mostly memang student baru tak suke la bende ni. bukan tak suke sebab ape, ye la kalo minggu orentasi ni, mesti tak cukup mase la untuk berehat kan. dah la penat penat daftar, kemas bilik, then tup tup,mase berehat tu di habiskan untuk mendengar ceramah and etc.


macam macam la jadi mase tu. kene bangun 4 pagi la. kene bekumpul 4.30 pagi la. (bayangkan je la kene bangun puluk bape time tu) penat, letih, lelah semua ade! bekejar kejar untuk naik bus untuk pergi satu satu tempat. alahaii. pengalaman tu. 



tapi masing masing jadi semangat balik biloe tibe time buat 'cheers'. part tu paling best. aku belajar macam macam cheers! sumpah best! and, the most excited part was mase dengan kakak kakak and abang abang PM! terbaikk! dorang ni sporting habis la! suke suke! 


then nak story sikit pasal DATC!

DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR

ni adalah dewan konvo la, roughly said. dewan ni quite new. yang penting, dewan ni sejuk gile ok! dinasihatkan kepada sesiape yang tak tahan sejuk dan nak masuk dewan ni, baik bawak la segala macam alat pemanas untuk memanaskan badan anda. SERIOUSLY! aku suke moment aku kau kat dalam dewan ni:
  1. tertido mase tengah mendengar segala ceramah dan taklimat. excpt mase timbalan menteri belia dan sukan tengah berucap. (sebab aku kene duduk depan and mpp ade time tu. alahai..)
  2. tersengguk sengguk meng'iya'kan segala bende yang diperkatakan. katakan 'YA'! heh.
  3. berbalas balas 'cheers' antara kolej kolej! gempak habis!
  4. paling penting JATI bersatu dengan MELATI! i like!
rasa sayang hey rasa sayang sayang hey, hey MELATI LIHAT JATI, rasa sayang sayang hey!

room mate: 
hah! roomate aku sangat cool. just be yourself! aku suke. aku dapat 1 bilik 2 orang. so, ok la kan. mule mule ingat dapat yang 1 bilik 4 orang. mereka mereka kata, yang  orng tu, biliknya sempit. nasib la. alhamdulillah..tapi bayaran kolej pon double la. (alahai..)

from left: jeha(roomate), farah(jiran depan bilik)

 oh! forgot to mention! my fakulti adalah fakulti sains gunaan..






THANK YOU KEPADA SEMUA PM-PM YANG SENTIASA MENGHIBURKAN KAMI DAN MEMBERI SEGALA TUNJUK AJAR! MAAF YE KALAU KAMI NI DEGIL TAK MAU DENGAR KATE! KEPADA SEMUA STUDENT UITM, GOOD LUCK IN YOUR STUDY, OUR FUTURE IS IN OUR HANDS. DO THE BEST. INSYA-ALLAH, YOU WILL SUCCEED! 




Sunday, September 4

TOP 10 ENTRIES - AUGUST

assalamualaikum...



pertama tamanya, saya nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN. mane la tahu, kot kot, aku ade terkutuk ke, terumpat ke korang semua dekat blog aku ni. mohon maaf ya. dan untuk pertama kalinya juga, aku akan buat carta TOP 10 ENTRY. so, insya-Allah, aku akan buat every month, starting from this last month la, AUGUST. 


jadi, keputusannya.......




  1. SEBAB WANITA CANTIK BERTUDUNG! credit to: misyamfuan.blogspot.com
  2. KERTAS ITU..
  3. FIKRI H4T27 :)
  4. SATU KISAH:an ordinary girl live her life (PART 1)
  5. UKM-UNPAD (PART 1)
  6. PRD VS JPP
  7. MISS SARAWAK! :)
  8. PRETTY BOY vs GENTLEMAN?
  9. KENAPA GUNA BAHASA SINGKATAN?
  10. UKM-UNPAD (PART2)

itulah TOP 10 kite untuk bulan AUGUST out of 139 entries.




Thursday, September 1

DEAR MR.A,

Dear Mr.A,

        Sempena ketibaan hari raya ini, saya ingin memohon kemaafan dari anda selama kita 'berteman' . sebenarnya dulu saya pernah kutuk kutuk anda dekat belakang. maaf ya. hal tu terjadi kerana awak seperti mempermainkan saya dan juga kawan saya. macam macam persoalan yang timbul dalam kalangan rakan rakan saya sebab anda cakap dekat kawan saya tu, anda dengan saya 'nothing'. tapi, anda cakap dengan saya pulak, anda bagitahu kawan saya kita 'something'. mana yang betul saya pon tak tahu. maaf ya. 


         Lagipun, cara kita jadi 'nothing' pon, bukan dengan keadaan yang bergaduh gaduh kan. so, saya harap dapat la contact dengan anda lagi lepas tu. tapi, apakan daya, terus terang saya cakap, saya rasa menyampah bila tahu awak tipu saya dan kawan saya. saya tahu tu semua cerita lama. and kita pon tak pernak langsung nak cakap pasal bende ni. ye la, lepas 'nothing', kite jarang contact. and sekarang ni, kita langsung tak contact. tak tahu la salah siapa pulak sekarang ni...hurmm...



         apa pon, saya tahu, masa kita 'something' dulu, saya pernah buat salah dekat anda. selama ni, saya tak pernah nak mintak maaf dengan anda secara direct, tahun ni, saya rasa, ini je la yang saya mampu buat untuk memohon kemaafan dari anda. saya sendiri tak pasti anda baca atau tidak. harap harap adelah yang memberitahu anda mengenai kewujudan surat ini. 


            terlalu banyak pengalaman saya dengan anda. saya bukan mahu mengungkit kembali semua yang terjadi. cara kita jumpa pon, agak pelik. harap semua tu dapat jadi kenangan untuk anda.hope lepas ni, tak nak la sombong sombong dekat facebook tu. dulu anda pernah tegur saya, tapi bila saya balas anda buat tak tahu je. saya tak pasti ape motif anda. and, kalau anda perasan. saya pernah buat surat untuk anda dengan nada yang marah sebelum ni. sekali lagi mohon maaf.



         Saya tak athua ape lagi nak bagi tahu anda, tujuan saya nak mohon maaf saja. kalau nk petik semua salah saya, banyak rasanya jadi, cukup lah sampai sini saja. Mr.A, saya harap anda bahagia.



ikhlas dari,

Mrs. N


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...