.watch out.

Thursday, July 28

will be continue......

assalamualaikum...


insya-Allah, jika tiada ape ape halangan, aku akan update cerita SEBUAH KISAH:an ordinary girl live her life, dalam waktu yang terdekat. jadi, harap bersabar ye..:)




eh, alamak, tetibe pulak gatal tangan masuk kan pic ni. heee. korang layan jelah ye..:D



cukuplah rasenya 3 picture tu!
tolong jangan tanye "WHO'S THAT??"
ye. betul tu.. plizzz don't ask me that kind of question! :)


Tuesday, July 26

SAYA TAK SUKA KALAU ALIH BAHASA!

 assalamualaikum....



yes! tepat sekali! aku tak suke betul la kalau cerita cerita yang ade dekat TV ni dialih bahasakan kepada bahasa lain! tak kisah la cartoon ke, drama ke, film ke ape ke, aku tetap TAK SUKA! DISLIKE! tak kisah la dari negara mana sekali pon cerita cerita tu diambil even dari africa, aku tak kisah. stay je la cerita cerita tu macam bahasa asal yang digunakan dalam cerita tu. ini tidak, sibuk la nak mengalih bahasa cerita tu semua. kalau alih bahasa tu 100% persis, tak pe la jugak. kadang kadang maksud yang nak disampaikan dekat audience tu tak sampai.



banyak kan sekarang drama drama yang dialih bahasakan. macam drama FILIPINA->MELAYU, KOREA->MANDRIN, ENGLISH->MELAYU, banyak lagilah. ok, kalau cartoon tu, aku boleh la terima jugak, sebab target audience adelah kanak kanak yang masih tak faham bahasa bahasa asing. tapi, kenapa perlu cerita yang ditonton oleh orang orang yang lebih dewasa pon nak alih bahasa? bukan ke lagi senang kalau letak sarikata? 




cerita tu jadi tak seronok sebab pergerakan bibir pelakon tu tak sama dengan ape yang keluar di TV!


ape yang dialihkan tu, tak persis macam yang asal. meaning maksud tu tak sampai.


ekspresi orang yang mengalih bahasa tu, tak sama macam ekspresi sebenar yang tergambar diwajah pelakon.


tak dapat nak menikmati keindahan bahasa asing.
*sekurang kurangnya, dapat la jugak belajar 1, 2 perkataan yang simple simple bile tengok cerita yang menggunakan bahasa asal. at least dapat mempelajari keunikan sesuatu bahasa*


bunyinya agak KELAKAR.
*kadang kadang suara budak kecil, macam suara oranhg yang lebih dewasa dari umurnya. and vice versa*



jadi, antara sebab kenapa aku tak suke cerita yang dialih bahasanya. sebagai contoh, cerita PERSONAL TASTE yang sedang disiarkan di 8TV sekarang tidak mendapat tempat dalam jadual harian aku, sebab bahasanya sudah ditukar! FYI, itu adalah antara scerita yang aku nak tengok sampai sekarang. pernah cuba tengok sekali, tapi, tetap rase tak seronok sebab BAHASAnya! 



disini bukan aku nak memandang tinggi bahasa lain daripada bahasa yang digunakan dinegara sendiri iaitu bahasa MANDRIN, namun, cara untuk menggunakan bahasa itu tak kene pada tempatnya. aku still tengok cerita cerita berbahasa mandrin.  kalau menggunakan alasan untuk MEMARTABATKAN bahasa, bagi aku, SALAH TEMPAT! aku lebih suka apa yang ASAL, DIKEKALKAN KEASALANNYA! melalui filem ataupon drama asing sebagai flatform, aku rase tak bertepatan la. kan masih banyak drama drama dan filem filem tempatan yang perlu mendapat lebih banyak perhatian supaya bertepatan dengan ciri, MEMARTABATKAN BAHASA!



jadi, kita semua perlu akui bahawasanya, setiap bahasa mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri yang perlu dihargai dan diselami. *ewah ayat bahas la pulak* 


*entry ini tidak berunsur politik atau menyebelahi mana mana pihak. hanya sekadar pandangan dan pendapat seorang CITIZEN!*


Sunday, July 24

SESIAPE SETUJU DENGAN SAYA BAHAWA BELAJAR DIMANA MANA PON SAMA JA?

assalamualaikum.....



antara senarai ipta di malaysia


jadi, ape pendapat korang semua? kalau bagi aku la kan, belajar kat mane pon sama je! yang penting is nawaitu nak belajar tu! kalau tak setuju pendapat aku ni, cube korang bagi 5 alasan kenapa tak sama? kita still dapat bende yang sama walau kat mane pon kita belajar. contohnya, korang dapat kos farmasi di UiTM, adakah lain ape yang student di UM, UKM dan lain lain universiti belajar? masih juga mengenai FARMASI dan tidak menyimpang kepada kos lain!




tapi, environment die lain la! huh! speak about environment, kita boleh yakin ke, if kite belajar kat Unimas akan mendapat environment yang lebih baik daripada belajar di UMS? boleh jamin?setiap orang belajar dalam environment yang berbeza. tak semestinya bila ade orang kate belajar kat TAMAN sebagai contoh menjadi tempat yang baik untuk seorang yang suke belajar dalam keadaan yang tidak sunyi! ini cume contoh yang simple. jadi, lebih kurang sama la macam unversiti. tak semestinya ade yang kate environment di UKM bagus untuk belajar akan match dengan citarase semua orang! so, environment factor bukan sesuatu yang bagus untuk di argue. kita boleh adapt bila sampai sana nanti.




tapi, student dekat U** lebih pandai dari U**! so? adakah kepandaian student student dekat certain UNI, akan menyerap masuk dalam diri kita dan menjadikan kita sama pandai, sama cerdik dan sama bijak macam mereka? kepandaian, kepintaran dan kebijaksanaan seseorang tu, adalah bergantung kepada usha yang die lakukan. bukan bergantung kepada kepandaian dan kepintaran orang disekeliling!




habis tu, kan senang kalau ramai yang pandai sekeliling kita. kalau ade masalah ramai yang boleh tolong! ok! tapi, betul ke kita akan memanfaatkan kebijaksanaan dan kepandaian orang orang yang ade disekeliling kita tu dengan sepenuhnya? jadi, adakah anda menyatakan pensyarah pensyarah di UNI tertentu tidak digolong kan sebagai mereka yang bijak pandai? tapi, bukan langsung ZERO student student yang bijak pandai kan di UNI tersebut! aku yakin masih ade! kalau tak de pon, pensyarah masih ada. jadi, rapatkan lah diri anda dengan pensyarah!




kos untuk tampung pembelajaran kat UNI tu mahal la compare dengan UNI yang lain! kos pembelajaran? mungkinj ade betulnya, ade certain people datang dari famly yang kurung berkemampuan dari segi kewangan. tapi, kan ade banyak pinjaman dan biasiswa yang kerajaan dan syarikat syarikat swasta tawarkan? yang paling FEMES of course la PTPTN! hah! tapi jangan la pulak PTPTN tu nanti digunakan untuk personal things 100%! ingat la jugak kepada KOS PEMBELJARAN YANG AGAK TINGGI TU!



jauh dengan family la, nanti ape apekan susah! ok!mungkin alasan kalau ade ape apekan susah, tu boleh dipertimbangkan. tapi, cube fikir balik! tak kisah la anda anak mak ke, anak ayah ke, atau pon tak pernah kangsung berjauhan dengan keluarga selama ni, fikirlah untuk MASA DEPAN! kalau bukan sekarang anda berusha untuk menjadi lebih BERDIKARI atau BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI, bila lagi? takkan nanti dah kerje pon nak mohon kerja yang dekat dengan rumah semata mata tak mahu berjauhan dengan family. semua orang pon SAYANG dengan family masing masing, tapi itu bukan alasan untuk sentiasa berada di DEPAN MATA parents kita kan. mungkin ade parents yang tak nak berjauhan dengan kita, aku nasihatkan, cuba PUJUK parents tu dengan cara yang baik. bagi tahu KENAPA perlunya korang BERDIKARI! mungkin mereka akan faham. insya-Allah..




konklusinya, diamana pon anda belajar, semuanya sama saja. ape yang penting NIAT untuk memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan bangsa, itu yang lebih penting! ibaratnya kalau dicampakkan ke tengah pulau yang tiada orang pon, kita boleh survive! yang tinggal hanyalah usha yang berterusan, jangan pernah lupa untuk berdoa memohon pertolong daripada-NYA! insya-Allah, ape yang dicita citakan bakal menjadi kenyataan.

"HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH"


p/s: kepada seorang SAHBAT ku, aku kagum dengan kesungguhan kamu untuk mencapai apa yang kamu cita citakan, semoga segala usaha kamu membuahkan hasil. insya-Allah akan ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk kesemua dugaan yang kamu hadapi sekarang. jangan pernah berputus asa! i'm proud you have such attitude in yourself! :) fight for your life! i'm always support you my FRIEND...:) 


*cerita SATU KISAH insya-Allah akan disambung dalam masa terdekat.maaf sebab tergantung*


Sunday, July 17

HARRY POTTER BERSAMA HASYIMAH DAN FAIZ! :)

assalamualaikum....



nampaknya tadi aku baru je tengok HARRY POTTER AND THE DEATHLY HOLLOWS PART 2 bersama dengan sahabat sekolah rendah (FAIZ) dan sahabat matrik (HASYIMAH)





hah! FAIZ telah berbesar hati untuk MEMAYUNG tiket. manakala, aku dan syima, PAYUNG pop corn and air! ok la tu kan. kire fair la. :) 


bagi yang mengikuti HARRY POTTER ni dari awal sampai la HARRY POTTER yang sekarang ni, memang layan la tengok HP7 ni. have a little rumors here and there. quite interesting! untuk peminat fanatik si POTTER tu, rugi kalau korang tak pergi tengok ini cerita! seriously! ditambah lagi tiket FREE dengan makan pop corn dgn air pepsi yang di SHARE bersama syima, memang ber'double' la keseronokan tu! and again, as usual la kan, bile filem baru panggung hujung minggu gerenti FULL HOUSE! memang FULL HOUSE tadi! nasib la si FAIZ tu dah beli tiket awal. kalau tak, memang aku ke row'M' macam hari tu la yang time aku tengok TRANSFORMERS .





si faiz tu mule mule cakap die datang jalan kaki dari bus stand! rupe rupenye, die drive kete. GEN-2! huh! memang terkene aku dengan die tadi. bulat blat aku caye die! ishh! dah lame tak jumpe die. tapi perangai die still jugak macam dulu lagi! bile jumpe die tadi, aku rase macam RINDU la pulak nak jumpe member sekolah rendah aku yang lain! bile agaknye kite semua boleh jumpe ye?? hurmmmm...








sekian, 






Friday, July 15

SHOULD I?

APE PENDAPAT ANDA SEMUA KALAU AKU FUTURE STUDY SAINS KIMIA BUT IN BIDANG ACADEMIC? WALHAL AKU SERIOUSLY TAK MINAT LANGSUNG NAK MENGAJAR NI. KALAU IKUT AKU LA, BETTER AKU TAK MASUK MATRIK IF AKU NAK MENGAJAR. RUGI SETAHUN JE KAN. AKU STRUGGLE BAGAI NAK GILE DAPAT RESULT ROPE ITU THEN AKU NAK MENGAJAR. BETTER AKU MASUK MAKTAB JE, AKU TAK PAYAH MASUK MATRIK DULU! RUGI JE! TAPI BILE DAPAT SAINS KIMIA NI, BIDANG KEJE DIE AKU TAK NAMPAK SANGAT LA. RATE RATE ORANG YANG AKU TANYE SEMUA KATE MENGAJAR LEPAS HABIS. TAPI SERIOUS KE TAK DE BIDANG KEJE LAIN SELAIN MENGAJAR?  AKU KONFIUS NI! SERIOUS TERUS TAK DE MOOD BILE KATE FUTURE MENGAJAR!

Thursday, July 14

KIMIA JUGA AKHIRNYA..:)

memang ade chemistry la aku dengan kimia ni! :)


BAKAL STUDENT UITM NAMPAKNYA AKU! :)

Tuesday, July 12

SATU KISAH:an ordinary girl live her life (PART 1)

hari pertama aku di kolej yang jauh dari kekecohan bunyi segala macam kenderaan. seperti ditempat tempat yang menerima kedatangan pelajar pelajar baru.ibubapa berasak asak. kenderaan memenuhi segala ruang yang ade di kolej ini. macam macam jenis kereta. dari kereta yang berharga ratusan ribu hingga lah ke motosikal yang berharga ratusan ringgit. yang 'check in' dekat kolej ini ade macam macam jenis manusia. dari seluruh pelosok MALAYSIA ni. dari yang aku kenal sampai la yang aku tak kenal langsung. 



jadi, perkara pertama yang aku kene buat adalah cari orang yang aku kenal. lame jugak aku tengok tengok keliling. kot kot la ade orang yang aku kenal. tapi, hampa. tapi tak pe lah. at least aku ade kenal senior kat sini. die lah oarng pertama yang aku telefon dan bertanyakan itu dan ini bile aku dapat tawaran ke kolej ni. dan, die jugak lah orang pertama yang aku kenal then bawak aku ke semua tempat yang aku patut pergi untuk pendaftaran hari tu. 



tibe tibe, aku nampak someone yang aku rase macam kenal. ouh, this girl. MISYA! aku pernah jumpe die dulu mase dekat sekolah menengah. kami lawan debat dengan sekolah die. rupenye dapat kat sini jugak die. aku senyum dekat die. die balas. petanda yang baik ni. lepas tu tanye die dapat bilik mane. ouh! rupenye die satu bilik dengan aku la. wah. dapat jugak aku room mate yang aku kenal. alhamdulillah. at least tak de la aku kekok sangat dekat bilik nanti. lege jugak dapat jumpe orang yang kite kenal kat tempat yang asing ni. 



bile dah ambik dan pergi ke segala tempat yang aku patut pergi termasuk lah berjalan ke Dewan Banquet yang aku rasekan teramat jauh hanya untuk mengambil gambar untuk kad matrik, akhirnya, aku telah sampai ke bilik aku. Kolej Mawar, Tingkat 3, Bilik No.1. Kolej Mawar adalah kolej yang paling jauh dari segala macam bende kecuali Pondok guard dan KELAPA SAWIT. yup! itulah hakikat yang aku kene terima. then, sampai dekat bilik, aku tengok dah ade orang yang masuk dulu. rupenye Misya. tapi nampaknya, aku dengan die tertukar katil sebab nombor almari aku sama dengan nombor almari yang ade dekat tepi katil Misya. jadi, kami pon tukar katil.



tak lame lepas tu, ade someone yang masuk ke bilik tu. mungkin die salah seorang yang room mate aku. yup! tepat sekali. tapi, mak die..............

-bersambung-

A SHORT STORY.

assalamualaikum...



jadi, as the title, aku akan mengarang SATU SHORT STORY. aku tak boleh nak bagi tau either story tu, real punye or yang aku reke je. sebab? aku sendiri pon tak tau la, story tu real or tak. jadi, korang as the reader, boleh la judge, either story tu real atau pon tidak berdasar kan ape yang korang bace and SEDALAM mane korang kenal aku. mungkin yang lebih mengenali, itu satu KELEBIHAN untuk korang tahu betul atau rekaan semata mata je cerita tu! :)



what ever pon, aku harap la sangat semua sekali enjoy reading the short story soon. mungkin aku akan pecah kan ke beberapa bahagian kecil. so, korang tak la struggle kan mate dan otak korang untuk bace cerite tu sekali gus. dan dalam mase yang same, aku boleh wujudkan, unsur unsur SUSPEND dalam cerite tu..:))


jadi, mungkin ini tajuk cerite tu. (selagi aku tak terfikir nak tukar yang lain, aku akan gunakan yang ini) 


so, aku akan meneruskan usaha aku untuk menulis! nantikan ok! :)



Monday, July 4

BEHAVE YOURSELF!

MEMANG TAK LA KAN!

PERGI LA KAU JAUH JAUH! MENYEMAK JE LA!

STOP PRETENDING LA!

KO PON MANUSIA JUGAK! INGAT SEMPURNA SANGAT KE???

BEHAVE YOUR WORDS!

I MEAN IT!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...