.watch out.

Thursday, September 1

DEAR MR.A,

Dear Mr.A,

        Sempena ketibaan hari raya ini, saya ingin memohon kemaafan dari anda selama kita 'berteman' . sebenarnya dulu saya pernah kutuk kutuk anda dekat belakang. maaf ya. hal tu terjadi kerana awak seperti mempermainkan saya dan juga kawan saya. macam macam persoalan yang timbul dalam kalangan rakan rakan saya sebab anda cakap dekat kawan saya tu, anda dengan saya 'nothing'. tapi, anda cakap dengan saya pulak, anda bagitahu kawan saya kita 'something'. mana yang betul saya pon tak tahu. maaf ya. 


         Lagipun, cara kita jadi 'nothing' pon, bukan dengan keadaan yang bergaduh gaduh kan. so, saya harap dapat la contact dengan anda lagi lepas tu. tapi, apakan daya, terus terang saya cakap, saya rasa menyampah bila tahu awak tipu saya dan kawan saya. saya tahu tu semua cerita lama. and kita pon tak pernak langsung nak cakap pasal bende ni. ye la, lepas 'nothing', kite jarang contact. and sekarang ni, kita langsung tak contact. tak tahu la salah siapa pulak sekarang ni...hurmm...



         apa pon, saya tahu, masa kita 'something' dulu, saya pernah buat salah dekat anda. selama ni, saya tak pernah nak mintak maaf dengan anda secara direct, tahun ni, saya rasa, ini je la yang saya mampu buat untuk memohon kemaafan dari anda. saya sendiri tak pasti anda baca atau tidak. harap harap adelah yang memberitahu anda mengenai kewujudan surat ini. 


            terlalu banyak pengalaman saya dengan anda. saya bukan mahu mengungkit kembali semua yang terjadi. cara kita jumpa pon, agak pelik. harap semua tu dapat jadi kenangan untuk anda.hope lepas ni, tak nak la sombong sombong dekat facebook tu. dulu anda pernah tegur saya, tapi bila saya balas anda buat tak tahu je. saya tak pasti ape motif anda. and, kalau anda perasan. saya pernah buat surat untuk anda dengan nada yang marah sebelum ni. sekali lagi mohon maaf.



         Saya tak athua ape lagi nak bagi tahu anda, tujuan saya nak mohon maaf saja. kalau nk petik semua salah saya, banyak rasanya jadi, cukup lah sampai sini saja. Mr.A, saya harap anda bahagia.



ikhlas dari,

Mrs. N


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...