.watch out.

Tuesday, August 23

MADE IN MALAYSIA vs MADE BY MALAYSIAN!

assalamualaikum...


lame dah aku tak buat entry kat sini. sorry ye. ade jugak yang bertanya. almaklumlah, hampir hampir nak raya ni, jadi, aku agak busy semenjak dua ni. TOLONG MAK aku buat biskut raya yang orang tempah. banyak pulak tu. tu yang tak de masa sangat nak buat entry baru. jadi, cerita SATU KISAh tu sudah pon diupdate. bagi sape tak tau, klik ni., SUATU KISAH. baru sangat update. lame dah aku berjanji kan. sorry sangat sangat. ni pon, ade lagi 2 entry yang aku janji nak buat, tapi tak terbuat lagi. sabar ye..:)



so, kali ni aku bukan nak buat enrty yang aku janji tu, tapi aku nak buat bende yang aku tak janji langsung. hahahaa. entry ni aku dapat idea lepas aku tengok satu video kat YOUTUBE, ...
MADE BY MALAYSIAN! yup itu tajuk video tu! jadi, aku mula la terfikir, ape beza MADE IN MALAYSIA dengan MADE BY MALAYSIAN? so, aku pon berfikir menggunakan segala ilmu yang aku ade ni. pikir punya fikir, bagi aku, perkataan BY lebih membawa maksud berbanding IN kalau kita lihat dari struktur ayat tu. aku pon tak de la terer sangat bahasa bahasa ni. ni cuma pendapat peribadi aku je la..


    adverb(by)
  1. bypast: so as to pass a given point "every hour a train goes past"
  2. asidebyaway: in reserve; not for immediate use "started setting aside money to buy a car", "put something by for her old age", "has a nest egg tucked away for a rainy day"

    noun(in)
  1. inchin: a unit of length equal to one twelfth of a foot
  2. indiumInatomic number 49: a rare soft silvery metallic element; occurs in small quantities in sphalerite
  3. IndianaHoosier StateIN: a state in midwestern United States
    adjective
  1. in: holding office "the in party"
  2. in: directed or bound inward "took the in bus", "the in basket"
  3. in: currently fashionable "the in thing to do", "large shoulder pads are in"
    adverb
  1. ininwardsinward: to or toward the inside of "come in", "smash in the door"

itulah makna makna dari sumber meng'google'. 

MADE IN MALAYSIA:
ini bermakna, segala bende yang dibuat didalam malaysia. jadi, bermakna, yang tukang buat bende bende ni no necessarily rakyat MALAYSIA kan kan. tak percaya? cuba bace banyak kali, MADE IN MALAYSIA, MADE IN MALAYSIA. boleh ke kta tau, apakah kerakyatan seseoarang yang buat produk tu? mestilah tak! disitu cuma bagi tahu kita, produk tu di buat di dalam MALAYSIA. jadi, kalau pon, sesuatu produk tersebut bukanlah dimiliki oleh rakyat MALAYSIA, namun,  ianya masih relevan untuk kita tulis MADE IN MALAYSIA! kerana kalau ditranslate kan ke dalam bahasa melayu ia berbunyi: DIBUAT DI DALAM MALAYSIA! jadi ianya relevan sekalipon produk itu adalah milik syarikat dari luar negara tetapi dibuat DIDALAM MALAYSIA, untuk diletakkan lebel, MADE IN MALAYSIA! 

MADE BY MALAYSIAN:
yang ini terbalik pulak ceritanya. kalau kita baca saja lebel yang tertulis "MADE BY MALAYSIAN" sah sah la kita tahu, rakyat negara tercinta yang mencipta @ membuat produk ni! dah terang terangkan ditulis disitu, "DIBUAT OLEH RAKYAT MALAYSIA" jadi, tak kiralah sesiapa pon, even kanak kanak yang baru pandai bace, sudah tentu tahu, inilah 'air tangan' rakyat MALAYSIA! tak kiralah, anda berada dimana sekali pon, dimana pon produk tu diproses @ dibungkus, selagi ade label "MADE BY MALAYSIAN" pasti kita lagi bertambah bangga. bermakna, produk anak JATI MALAYSIA, sudah masuk ke pasaran dunia! 



mungkin ramai yang kate,"alah, ape la sangat beze? still ade nama MALAYSIA dekat label tu. ape nak dok kecoh kecoh?" ataupon, "aku tak pernah peduli pon!". haishhh! ni bukan masalah peduli atau tak, kecoh atau tak. aku buat entry ni bukan nak suruh kerajaan MALAYSIA tukar semua label kepada "MADE BY MALAYSIAN"! tidak! tujuan aku cuma nak bagi tahu, kadang kadang bende yang kecil tu, boleh bawa satu perbezaan yang sangat ketara. 'BY' dan 'IN', 'OLEH' dan 'DALAM' nampak je SIMPLE, tapi membawa perbezaan yang ketara! betul! baik korang kaji betul betul. tapi, still. terpulanglah, ape pandangan korang. aku ni belajar SIVIK, dalam SIVIK, aku ade belajar, menerima pandangan dan pendapat orang lain dengan terbuka. jadi, aku mahu apply kan di sini..:)   



jadi, saya mahu tanya, kalaulah, ade dua produk tetapi lain company, satu label "MADE IN MALAYSIA", satu lagi "MADE BY MALAYSIAN". mane satu yang menjadi pilihan? tepuk dada tanya diri..:)





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...