.watch out.

Sunday, July 24

SESIAPE SETUJU DENGAN SAYA BAHAWA BELAJAR DIMANA MANA PON SAMA JA?

assalamualaikum.....



antara senarai ipta di malaysia


jadi, ape pendapat korang semua? kalau bagi aku la kan, belajar kat mane pon sama je! yang penting is nawaitu nak belajar tu! kalau tak setuju pendapat aku ni, cube korang bagi 5 alasan kenapa tak sama? kita still dapat bende yang sama walau kat mane pon kita belajar. contohnya, korang dapat kos farmasi di UiTM, adakah lain ape yang student di UM, UKM dan lain lain universiti belajar? masih juga mengenai FARMASI dan tidak menyimpang kepada kos lain!




tapi, environment die lain la! huh! speak about environment, kita boleh yakin ke, if kite belajar kat Unimas akan mendapat environment yang lebih baik daripada belajar di UMS? boleh jamin?setiap orang belajar dalam environment yang berbeza. tak semestinya bila ade orang kate belajar kat TAMAN sebagai contoh menjadi tempat yang baik untuk seorang yang suke belajar dalam keadaan yang tidak sunyi! ini cume contoh yang simple. jadi, lebih kurang sama la macam unversiti. tak semestinya ade yang kate environment di UKM bagus untuk belajar akan match dengan citarase semua orang! so, environment factor bukan sesuatu yang bagus untuk di argue. kita boleh adapt bila sampai sana nanti.




tapi, student dekat U** lebih pandai dari U**! so? adakah kepandaian student student dekat certain UNI, akan menyerap masuk dalam diri kita dan menjadikan kita sama pandai, sama cerdik dan sama bijak macam mereka? kepandaian, kepintaran dan kebijaksanaan seseorang tu, adalah bergantung kepada usha yang die lakukan. bukan bergantung kepada kepandaian dan kepintaran orang disekeliling!




habis tu, kan senang kalau ramai yang pandai sekeliling kita. kalau ade masalah ramai yang boleh tolong! ok! tapi, betul ke kita akan memanfaatkan kebijaksanaan dan kepandaian orang orang yang ade disekeliling kita tu dengan sepenuhnya? jadi, adakah anda menyatakan pensyarah pensyarah di UNI tertentu tidak digolong kan sebagai mereka yang bijak pandai? tapi, bukan langsung ZERO student student yang bijak pandai kan di UNI tersebut! aku yakin masih ade! kalau tak de pon, pensyarah masih ada. jadi, rapatkan lah diri anda dengan pensyarah!




kos untuk tampung pembelajaran kat UNI tu mahal la compare dengan UNI yang lain! kos pembelajaran? mungkinj ade betulnya, ade certain people datang dari famly yang kurung berkemampuan dari segi kewangan. tapi, kan ade banyak pinjaman dan biasiswa yang kerajaan dan syarikat syarikat swasta tawarkan? yang paling FEMES of course la PTPTN! hah! tapi jangan la pulak PTPTN tu nanti digunakan untuk personal things 100%! ingat la jugak kepada KOS PEMBELJARAN YANG AGAK TINGGI TU!



jauh dengan family la, nanti ape apekan susah! ok!mungkin alasan kalau ade ape apekan susah, tu boleh dipertimbangkan. tapi, cube fikir balik! tak kisah la anda anak mak ke, anak ayah ke, atau pon tak pernah kangsung berjauhan dengan keluarga selama ni, fikirlah untuk MASA DEPAN! kalau bukan sekarang anda berusha untuk menjadi lebih BERDIKARI atau BERDIRI DIATAS KAKI SENDIRI, bila lagi? takkan nanti dah kerje pon nak mohon kerja yang dekat dengan rumah semata mata tak mahu berjauhan dengan family. semua orang pon SAYANG dengan family masing masing, tapi itu bukan alasan untuk sentiasa berada di DEPAN MATA parents kita kan. mungkin ade parents yang tak nak berjauhan dengan kita, aku nasihatkan, cuba PUJUK parents tu dengan cara yang baik. bagi tahu KENAPA perlunya korang BERDIKARI! mungkin mereka akan faham. insya-Allah..




konklusinya, diamana pon anda belajar, semuanya sama saja. ape yang penting NIAT untuk memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan bangsa, itu yang lebih penting! ibaratnya kalau dicampakkan ke tengah pulau yang tiada orang pon, kita boleh survive! yang tinggal hanyalah usha yang berterusan, jangan pernah lupa untuk berdoa memohon pertolong daripada-NYA! insya-Allah, ape yang dicita citakan bakal menjadi kenyataan.

"HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH"


p/s: kepada seorang SAHBAT ku, aku kagum dengan kesungguhan kamu untuk mencapai apa yang kamu cita citakan, semoga segala usaha kamu membuahkan hasil. insya-Allah akan ada jalan penyelesaian yang terbaik untuk kesemua dugaan yang kamu hadapi sekarang. jangan pernah berputus asa! i'm proud you have such attitude in yourself! :) fight for your life! i'm always support you my FRIEND...:) 


*cerita SATU KISAH insya-Allah akan disambung dalam masa terdekat.maaf sebab tergantung*


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...